Pengurusan Pelajar Kepelbagaian Upaya

1.0       Pengenalan


Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan 9individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka. 

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.

Program inklusif juga amat perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut di mana program ini menumpukan pelajar khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk. Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas meletakkan misi Pendidikan Khas iaitu “menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan, serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara Malaysia.” (Mohd Sharani Ahmad, 2006)

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:

i.             Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa

ii.            Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau nerosisi)

iii.           Kanak-kanak cacat penglihatan

iv.           Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi

v.            Kanak-kanak kecelaruan tingkahlaku (Behavioural disorders)

vi.           Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)

vii.          Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)

Mereka ini seperti kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta pasca menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Pra Sekolah di sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa dibantu orang lain.

Seterusnya, kemasukan pelajar ke sekolah rendah ialah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Tempoh minimum belajar ialah 6 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum serta telah disahkan oleh pengamal perubatan. Mereka ini haruslah boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU. 

Bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah pula, pelajar tersebut mestilah berumur 13 tahun hingga 19 tahun dan disahkan oleh pengamal perubatan. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional di mana murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Dalam laporan ini, data yang dikumpulkan dan aspek yang dibincangkan adalah berdasarkan empat kategori iaitu dari segi pemulihan, pelbagai kecerdasan, keperluan khas dan pengayaan. Laporan ini juga akan membincangkan bagaimana guru-guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Senai, Perak melaksanakan pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas (Pelajar Pelbagai Upaya) ini. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

2.0 Kecerdasan Logik Matematik

                        Kecerdasan dalam aspek logik-matematik adalah kemampuan yang dominan dari otak sebelah kiri otak manusia. Ia membolehkan seseorang individu itu memahami secara deduktif dan induktif serta berfikir secara rasional dan konseptual. Individu yang gemar dalam kecerdasan ini membolehkan menyelesaikan setiap masalah komplek yang berkait rapat dengan matematik dengan mudah dan boleh melakukan perkaitan, menyoal, menganalisis, mensentisis, mengira serta menggunakan alat elektronik dengan sempurna dan cekap. Contoh manusia yang memiliki kecerdasan logik matematik ialah Albert Enstein.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan logic matematik mempunyai beberapa ciri iaitu:
 Dapat menyelesaikan masalah dalam aspek matematik dengan jelas.
 Suka menggunakan alat elektronik seperti komputer atau telefon bimbit.
 Suka memain permainan yang berbentuk strategi seperti catur

2.1 Kecerdasan Verbal- Linguistik

Kecerdasan dalam Verbal-Linguistik merupakan kebolehan untuk menggunakan kata kata dengan berkesan, baik secara lisan mahupun tulisan. Kecerdasan ini merupakan satu keperkaan dalam kata kata, urutan kata, suara serta intonasi. Kecerdasan ini juga merupakan satu kebolehan untuk menyampaikan informasi dengan lebih berkesan. Antara golongan yang mempunyai kecerdasan salah satunya ialah A.Samad Said.
Selain itu, individu yang memperoleh kecerdasan verbal-liguistik ini mampu atau boleh memahami, bertutur, menulis dengan pelbagai jenis bahasa yang berbeza serta menguasainya dengan sempurna. Golongan ini selalunya melibatkan atau menceburkan diri dalam pertandingan yang berkaitan dengan bahasa serta menampilkan diri apabila hendak mengemukan pendapat. Mereka ini lebih cenderung kepada imu yang berkaitan falsafah dan isu-sosial.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-liguistik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 Suka membaca sumber bacaan terutamanya buku
 Suka bermain dengan permaina teka silang kata
 Suka menulis
 Suka bercerita kepada khalayak ramai
 Mempunyai ingatan yang cekap bagi nama tempat ,tarikh serta lirik
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik merupakan satu kebolehan dimana individu ini mampu berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar serta dapat membezakan sama ada bunyi atau cipta muzik.Kemahiran yang dapat dilihat jika individu ini mempunyai kecerdasan muzik ialah mereka ini ialah bersiul, menyanyi, mengubah lagu dan semua benda yang berkaitan dengan muzik. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik adalah sangat sensitif kepada bunyi atau suara yang yang wujud di dunia ini. Ianya termasuk lah bunyi dari alat muzik serta suara alam seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contoh individu yang mempunyai kecerdasan muzik ialah seniman negara kita iaitu Tan Sri P.Ramlee.
Selain itu juga, kecerdasan muzik adalah hampir sama dengan kecerdsan verbal-liguistik. Individu yang mempunyai kebolehan kecerdsan muzik ini mampu mengenal muzik melalui nod muzik yang dimainkan.
Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 Pandai bermain alat muzik
 Suka bernyanyi
 Memerlukan muzik ketika belajar
 Mudah serta senang mengingati melodi lagu

3.0 Pengurusan  Pelajar Pelbagai Upaya (Pengayaan) 

3.1 Konsep Pengayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala ‘pengayaan” pula bermaksud perihal ( usaha , proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan ialah ativiti – aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan didalam waktu sekolah atau juga di luar kawasan sekolah. Aktiviti ini diamalkan oleh setiap murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, aktiviti – aktiviti ini merupakan cara untuk mengatasi pemasalahan pembelajaran dan menambahkan pengetahuan serta memperluaskan kemahiran mereka.

 

3.2 Kelebihan Pengayaan

Program pengayaan ini memberi peluang kepada murid kurang upaya menjalankan aktiviti, secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program dalam menyediakan aktiviti yang bercorak belajar sendiri tanpa pengawasan sepenuhnya serta pembelajaran yang tidak terikat dengan guru. Hal ini menunjukkan program pengayaan mampu menyediakan keperluan setiap individu dalam memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut mengembangkan pemikiran murid kurang upaya.
Jenis Pengayaan
a) Pengayaan Mendatar  
Pengayaan mempunyai dua bahagian iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang dilakukan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid – murid akan cuba menyelesaikan aktiviti yang disediakan oleh guru. Mereka akan diminta untuk cuba menyelesaikan masalah yang mudah berbanding dengan aktiviti murid kumpulan sederhana dan cerdas. Oleh itu, mereka akan menjalankan aktiviti pengayaan dalam kemahiran yang sama. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid.

b) Pengayaan Menegak
 Untuk pengayaan menegak pula, aktiviti hanya dijalankan berdasarkan minat dan bakat murid. Aktiviti ini dirancang dan dilaksanakan hanya kepada murid dalam kumpulan cerdas dalam bentuk yang lebih mencabar, sukar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid dalam kelas. Aktiviti ini lebih cenderung kepada unit kemahiran yang telah dididik dalam murid – murid. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan kepuasan, mencungkil bakat dan komitmen antara murid serta mengukuhkan bagi murid yang terlibat.

3.3 Prinsip Pengayaan

Pengurusan pelajar pelbagai upaya perlulah mempunyai prinsip yang sesuai dalam meneliti setiap perkara tentang pelajar upaya. Antara prinsip yang perlu diamalkan ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif, eksperimental, mengembangkan sifat kepimpinan  sosial dan menggunakan cara yang mudah melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, pembelajaran yang dilakukan menggunakan bahan bacaan seperti kad, lembaran kerja, permainan rekreasi ataupun teknologi seperti komputer. Bahan – bahan ini perlulah mengandungi penerangan yang mudah untuk mereka  fahami. 


4.1 Pengurusan Pelajar Pelbagai Upaya (Pemulihan)

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.
 Definisi program pemulihan khas ialah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh factor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008). “Pendidikan pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.” (National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain – 1977). Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am KBSR - 1982).

4.1.1 Konsep Pemulihan dalam KBSR

 Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.

4.1.1.1 Pemulihan dalam Kelas

  Pemulihan dalam kelas merupakan pemulihan KBSR iaitu program pemulihan yang dilakukan di dalam kelas biasa. Di dalam program pemulihan ini, guru-guru harus mambantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran yang telah dipelajari.

 4.1.1.2 KIA2M (Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis)

  Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asa ini dengan seberapa segera yang boleh. Di dalam program ini, murid dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibenarkan keluar atau lulus dari kelas pemulihan itu. Jika ujian pelepasan itu gagal, mereka harus masuk ke kelas pemulihan khas pada tahun berikutnya.

 4.1.1.3 PROTIM (Program Pemulihan 3M)

  PROTIM ini merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua murid bermasalah yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai sekurang-kurangnya 3M (membaca, menulis dan mengira), tidak tercicir dari prasekolah serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya iaitu peringkat sekolah menengah. Program ini dilaksanakan untuk membantu murid tahun 4 hingga 6 untuk menguasai 3M. Pada akhir tahun iaitu pada tahun 6, satu pascaujian akan dijalankan kepada pelajar tahun 6 selepas mereka habis menjalani peperiksaan UPSR. Perkara ini dijalankan agar para murid yang mempunyai masalah 3M dapat menguasainya sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah. Dalam program ini, latihan yang mata pelajaran yang ditekankan untuk dikuasai oleh murid-murid ini ialah Bahasa Melayu dan Matematik.

4.1.2 Program Pemulihan Khas

 Program pemulihan khas dilakukan dengan menggunakan withdrawal system. Di dalam program ini, untuk mengenalpasti murid yang seharusnya menduduki program pemulihan khas ini harus melalui ujian saringan. Jika ada murid yang gagal dalam ujian itu, mereka harus menjalani program pemulihan khas ini. Bagi murid-murid yang menjalani program pemulihan khas ini, mereka harus ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja kerana tidak semua mata pelajaran yang harus ditekankan dalam program ini, hanya 2 mata pelajaran sahaja yang dijalankan dalam program ini iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Bagi pelajar-pelajar yang sudah dapat menguasai masalah asas dalam dua mata pelajaran tersebut, mereka akan dihantar balik ke kelas biasa manakala bagi pelajar yang masih banyak mempunyai masalah, mereka harus dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa.

 4.1.2.1 Rasional Pendidikan Pemulihan Khas

Dari sudut falsafah, rasional pendidikan pemulihan khas ialah pelaksaan program pemulihan khas akan memnuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh itu, ianya adalah selaras dengan konsep “pendidikan untuk semua”.
Dari sudut pencegahan pula bermaksud masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksaan program ini amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

 4.1.2.2 Objektif Pendidikan Pemulihan Khas

• Objektif pendidikan pemulihan khas ini ialah untuk membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan alternative selaras dengan potensi dan minat murid.
• Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu sama dengan yang lain.
• Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin.
• Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam system persekolahan biasa.

4.1.3 Peranan Guru Pemulihan Khas

1. Peranan Penilaian (Assessment Role)
• Menyediakan dan menjalankan ujian saringan untuk mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
• Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
• Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
       2. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
• Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
• Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
       3. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
• Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
• Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
• Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.
        4. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
• Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
• Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapai masalah pembelajaran.

4.1.4 Cara Guru Mengesan Murid-murid yang Bermasalah dalam Pembelajaran

 A. Pemerhatian
  Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
 B. Pentafsiran rekod prestasi
  Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.
 C. Rekod profil
  Rekod profil ialah rekod yang member maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
 D. Ujian kertas dan pensel
  Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
 E. Temu bual dengan guru darjah
  Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid.
 F. Temu bual dengan ibu bapa
  Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

5.0 Pengurusan murid pelbagai upaya ( berkeperluan khas)

     Kanak – kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak – kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak – kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak – kanak berkeperluan khas. Kedua – dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward, 2003 ) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘ kanak – kanak berkeperluan khas ’ ini seperti kanak – kanak istimewa, kanak – kanak luar biasa, kanak – kanak kurang upaya, kanak – kanak cacat, kanak – kanak abnormal, kanak – kanak bermasalah dan kanak – kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.
     Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak – kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak – kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa – apa bunyi. Manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak – kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.
     Secara umumnya, kanak – kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak – kanak normal dari segi mental ( pencapaian akademik ), keupayaan deria ( melihat dan mendengar ), keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi ( bercampur gaul ) dan ciri – ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri).

5.1 stilah Kanak – kanak Berkeperluan Khas

A) Handicap
     Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang seseorang itu memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Misalnya, seorang pelajar bermasalah pendengaran mungkin cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah bersama pelajar di aliran perdana. Sebaliknya pelajar yang sama tidak merasa kecacatannya ketika dalam makmal sains.
 
B) Disability
     Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Contohnya, seorang pelajar yang lumpuh pada kedua – dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan berlajar bersama pelajar lain yang tidak cacat.

 C) Impairment 
 Struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi. Contohnya, kekurangan dari aspek aras pendengaran dan aras penglihatan.
     Ringkasnya, kanak – kanak yang Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan dikategorikan dalam kumpulan – kumpulan di atas memiliki ciri – ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak – kanak dalam kumpulan yang sama. Contohnya, kanak – kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsi ciri – ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa ciri – ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap individu adalah tidak sama dan berbeza.
     Dalam keadaan sebenar, kanak – kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak – kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri – ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri – ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri – ciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak – kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya memberi layanan yang berbeza kepada setiap kanak – kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.

5.2 MPV 1 (PERTANIAN)

     Kelas mpv2 pula menempatkan pelajar yang minat dalam aktiviti pertanian. Bilangan pelajar di kelas ini adlah seramai 7 orang yang diajar oleh seorang guru serta seorang pembantu guru. Para pelajar diasah dengan bakat pertanian sehingga mereka mahir dalam bidang pertanian. Pertanian yang dijalankan oleh pelajar di dalam kelas ini adalah pertanian berbentuk fertigasi. Murid-murid melakukan aktiviti pertanian mengikut kaedah fertigasi. Antara tanaman yang ditanam oleh murid-murid adalah tembikai, petola, kacang Panjang dan terung. Hasil tanaman mereka dijual untuk dijadikan modal pertanian seterusnya.

 5.3 MPV 2 (MOTOSIKAL)

     Kelas mpv3 menempatkan pelajar yang mahir dalam bidang pembaikian motosikal. Bilangan pelajar adalah seramai 7 orang, seorang guru dan seorang pembantu guru. Para pelajar diajar cara untuk servis motosikal dengan betul melalui kelas yang dijalankan. Kelas ini mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu berdikari dalam aktiviti servis motosikal mereka sendiri.

5.4 MPV 3 (JAHITAN)

     Bagi pelajar yang mengikuti kelas Mpv4, mereka diajar oleh guru-guru untuk menjalankan aktiviti jahitan. Jumlah pelajar di kelas ini adalah seramai 7 orang, seorang guru dan seorang pembantu guru. Guru-guru mengajar pelajar cara untuk menjahit pakaian dengan cara tunjuk ajar secara terus, iaitu menjahit sendiri di depan semua pelajar agar mereka tidak melakukan kesalahan semasa menjalankan aktiviti jahitan. Antara hasil yang telah dilakukan oleh pelajar kelas mpv4 adalah menjahit baju kurung.

6.0 Rumusan


Bab pengurusan murid pelbagai upaya ini membincangkan mengenai pengurusan pelajar yang bekeperluan khas. Topik ini ia menceritakan mengenai program pemulihan dan pengayaan yang diadakan untuk pelajar bekeperluan khas ini belajar di sekolah. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pelajar yang bekeperluan khas iaitu pelajar yang mengalami masalah kurang upaya, fizikal, masalah penglihatan, masalah pertuturan, masalah pendengaran dan juga masalah pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya berfokus kepada murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang berupaya (OKU). Pengurusan ini banyak berfokuskan kepada pengurusan pembelajaran pelajar yang berkeperluan khas. Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh golongan yang terlibat bersama mereka sahaja, tetapi juga setiap lapisan masyarakat di sekeliling. Bab ini juga menceritakan tentang sembilan jenis kecerdasan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner.

Salah satu perkara penting yang dibincangkan dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ialah mengenai progam pemulihan. Program pemulihan ini merupakan satu program penambahbaikan bagi pelajar yang mempunyai masalah 3M iaitu masalah membaca,menulis dan mengira. Program ini telah dijalankan di kebanyakan sekolah di Malaysia bagi membantu pelajar yang tercicir atau mempunyai masalah agak lambat untuk belajar. Program pemulihan ini juga berpegang kepada prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin bagi mengelakkan masalah pelajar menjadi lebih kronik. Program pengayaan pula merupakan program yang memenuhi keperluan pelajar seperti pelajar teknik dan vokasional. Contoh aktiviti pengayaan ialah pertanian dan juga masakan.

Selain itu, kita lihat pula kepada jenis-jenis pelajar yang bekeperluan khas iaitu pelajar 
mengalami masalah kurang upaya dari segi fizikal, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pertuturan dan juga masalah pembelajaran. Program pemulihan dan pengayaan yang disediakan di sekolah ini diadakan untuk membantu para pelajar yang bekeperluan khas seperti ini. Sebagai contoh, pelajar yang pintar cerdas ini merupakan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan atau IQ yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Kepintaran mereka mudah dikenalpasti sejak di peringkat prasekolah dan sekolah rendah lagi. Golongan seperti ini memerlukan perhatian yang berbeza dariapada guru. Pelajar disleksia pula ialah pelajar yang menghadapi masalah membaca yang sabgat serius atau lebih dikenali sebagai buta huruf. Mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada para guru untuk membimbing mereka untuk belajar. Golongan autism pula mempunyi masalah kecelaruan neorolgikal otak yang menyebabkan mereka mudah berhalusinasi.Ketiga-tiga golongan ini memerlukan cara pendekatan yang berbeza oleh guru untuk belajar . Pemerhatian yang lebih oleh guru haruslah diberikan kepaa mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Di samping itu,di dalam bab ini juga turut menerangkan mengenai 9 teori kecerdasan Howard Gardner. Setiap individu mempunyai kelebihan dan juga jenis kepintaran yang berbeza.Jenis jenis kecerdasan yang dinyatakan ialah logik matematik, verbal-linguistik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan eksistensialis, kecerdasan naturalis, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang spatial dan juga kecerdasan kinestetik. Setiap individu boleh mempunyai lebih dari satu kecerdasan yang dinyatakan yang membuatkan sesorang individu itu berbeza daripada individu yang lain.

Kesimpulannya, faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pelajar yang bekeperluan khas. Banyak halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka. Setiap pelajar mempunyai tahap keupayaan dan juga jenis kecerdasan yang berbeza. Guru memainkan peranan yang penting di sini bagi memahami tahap keupayaan pelajar yang berbeza dan sesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar terbabit. Perancangan yang rapi oleh guru dan juga kreativiti guru amatlah penting bagi memastikan golongan pelajar bekeperluan khas ini mendapat hak yang sama rata untuk belajar.


Dikarang oleh :


Farid Aiman Bin Ismail (88804)

(https://faridaimanismail.blogspot.com/2020/07/farid-aiman-bin-ismail-d20191088804.html) 

Izzah Nadiah binti Kasman (88917)

(https://izzahnnnn.blogspot.com/2020/07/analisis-analisis-yang-dilakukan-ini.html) 

Mohamad Hafizhan bin Mohd Kamarudin (88830)

(https://hafizanm99.blogspot.com/2020/07/mohamad-hafizhan-bin-mohd-kamarudin.html) 

Muhammad Taufiq bin Bahari (88809)

https://taufiqbahari.blogspot.com/2020/07/kecerdasan-pelbagai.html?m=1

Ahmad Imran Ariff bin Zamri (88800)

(https://ranriff.blogspot.com/2020/07/pengayaan.html) 

Mohamad Syafiq bin Shahrul Hafizi (88828)

(https://syafiqhafizi29.blogspot.com/2020/07/pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html?m=1) 











Comments