Posts

Showing posts from July, 2020

Pengurusan Pelajar Kepelbagaian Upaya

1.0       Pengenalan Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan 9individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.  Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak deng...